Penempatan Murut di Nabawan

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), suku kaum Murut merupakan suku kaum Pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya pada masa dahulu adalah menanam padi huma (bukit), berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar. Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sepulut, Rundum, Nabawan dan Sipitang. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.
Sepulut
Sepulut berada dalam kawasan Daerah Nabawan. Sepulut terletak di sepanjang Sungai Sepulut. Sepulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sepulut adalah Batu Punggul yang merupakan sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di Nabawan. Kaum yang mendominasi Sepulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sepulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sepulut.
Nabawan
Nabawan terletak di Pedalaman Negeri Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya adalah daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah.

Pekan Nabawan

Pekan Nabawan

Perpustakaan

Perpustakaan

Pemandangan Nabawan

Pemandangan Nabawan